Pilihan raya negeri Selangor 1999
Pilihan raya negeri Selangor 1999

Pilihan raya negeri Selangor 1999

Pilihan raya negeri Selangor telah diadakan pada hari Isnin, 29 November tahun 1999, bersamaan dengan pilihan raya umum Malaysia 1999.[1][2] Hari penamaan calon telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia pada 20 November 1999.[3] Pengundian berlangsung di seluruh 48 kawasan pilihan raya negeri dengan masing-masing pengundi memilih calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ke Dewan Undangan Negeri Selangor. Parti Barisan Nasional berjaya mendapat sebanyak 42 kerusi di Dewan Negeri Selangor, Parti Islam Se-Malaysia berjaya mendapat empat kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) masing-masing mendapat satu kerusi di Dewan Negeri.[4] Ia juga merupakan pilihan raya kesepuluh setelah negara mencapai kemerdekaan.[2]Dewan Undangan Negeri Selangor telah dibubarkan secara automatik pada 10 November 1999. bersamaan juga dengan Dewan Undangan Negeri di Malaysia (kecuali Sarawak dan Sabah) dan Parlimen Malaysia supaya pilihan raya parlimen dan Dewan Undangan Negeri dapat diadakan serentak.[3][5] Pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari (dua bulan) pembubaran (pada atau sebelum 10 November 1999, dengan tarikh yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia), melainkan dibubarkan sebelum tarikh itu oleh Ketua Negara, Sultan Selangor atas nasihat Ketua Menteri, Menteri Besar Selangor.[6]

Rujukan

WikiPedia: Pilihan raya negeri Selangor 1999 http://ww2.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/Pi... http://dewan.selangor.gov.my/assets/pdf/Undang%20-... http://semak.spr.gov.my/spr/laporan/5_KedudukanAkh... http://www.spr.gov.my/laporan/1999/bm99.html http://lib.perdana.org.my/PLF/Digital_Content/Prom... //doi.org/10.1080%2F713649324 https://www.klik.com.my/item/story/390465/pertandi... https://web.archive.org/web/20021026130815/http://... https://web.archive.org/web/20130515073406/http://... https://web.archive.org/web/20210120120751/http://...